SISTEM E-PEROLEHAN MITEC (SEPM)

SOALAN-SOALAN LAZIM BAGI PENDAFTARAN PEMBEKAL MELALUI PORTAL ePEMBEKAL UNIKL MITEC


1. Soalan : Syarikat tidak boleh capai portal Sistem e-Perolehan MITEC (SEPM)
Jawapan : Capaian bolen dibuat melalui Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome atau melalui link yang ditempatkan di laman sesawang UniKL MITEC
 
2. Soalan : Kontraktor tidak mempunyai Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, ada masalah untuk mendaftar.
Jawapan : Boleh mendaftar. Jenis perniagaan Bekalan / Perkhidmatan , mandatori mempunyai Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan. Manakala jenis perniagaan Kerja, mandatori mempunyai Sijil Pendaftaran CIDB.
 
3. Soalan : Dimanakah saya boleh dapatkan bantuan jika saya tidak mempunyai infrastruktur yang sewajarnya atau jika saya tidak arif menggunakan Sistem e-Perolehan MITEC (SEPM) ?
Jawapan : Anda boleh menghubungi pegawai – pegawai di Unit Perolehan seperti dalam ruangan Hubungi Kami atau hadir sendiri ke Kaunter Perolehan, Jabatan Pentadbiran & Kewangan UniKL MITEC untuk mendaftar.
 
4. Soalan : Untuk maklumat Pendaftaran Kementerian Kewangan, berapa banyak kod bidang yang boleh didaftar ?
Jawapan : Kesemua kod bidang yang terdapat dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan.
 
5. Soalan : Dimanakah salinan sijil boleh di muat naik ?
Jawapan : Sila memuat naik di ruang muat naik sijil.
 
6. Soalan : Bagaimanakah proses pendaftaran pembekal atau syarikat dilakukan ?
Jawapan : Anda boleh melayari laman sesawang Sistem e-Perolehan MITEC dan mendaftar secara atas talian. Pendaftaran syarikat anda akan diproses dalam tempoh masa dua (2) minggu (sepuluh hari bekerja) dari tarikh permohonan dibuat.
 
7. Soalan : Berapa lamakah tempoh sah pendaftaran pembekal ?
Jawapan : Tempoh sah pendaftaran pembekal di UniKL MITEC adalah selama tiga (3) tahun.
 
8. Soalan : Sekiranya sijil pendaftaran kementerian kewangan (MOF) saya telah tamat tempoh, adakah sijil pendaftaran pembekal di UniKL MITEC masih sah ?
Jawapan : Ya, masih sah. Walaubagaimanapun, anda di kehendaki mengemas kini maklumat tempoh sah laku yang terkini di dalam Sistem e-Perolehan MITEC.
 
9. Soalan : Sekiranya sijil pendaftaran pembekal di UniKL MITEC saya telah tamat tempoh, adakah pendaftaran saya terbatal ?
Jawapan : Ya. Sila perbaharui permohonan pendaftaran pembekal anda secara atas talian dalam laman sesawang Sistem e-Perolehan MITEC (SEPM).
 
10. Soalan : Bilakah saya boleh membuat permohonan memperbaharui pendaftaran pembekal di UniKL MITEC ?
Jawapan : Permohonan perlu dibuat pada tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh sah laku sijil.