SISTEM E-PEROLEHAN MITEC (SEPM)
PENGENALAN – UNIT PEROLEHAN

UniKL MITEC yang terletak di Pasir Gudang, adalah kampus cawangan UniKL yang menjurus ke dalam bidang Logistik Industri, Kejuruteraan Kualiti, Kemudahan Penyelenggaraan, dan Instrumensi dan Kawalan. UniKL MITEC merupakan sebahagian daripada Pembangunan Wilayah Iskandar untuk memenuhi keperluan dan matlamat modal insan.

Bagi merealisasikan tujuan tersebut, Unit Perolehan adalah unit yang bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan bekalan dan perhidmatan secara cekap dan mematuhi tatacara kewangan dan prosedur perolehan UniKL sedia ada.

Antara fungsi utama Unit Perolehan adalah:-

  • Menyediakan dan mengurus kontrak-kontrak bekalan dan perkhidmatan melalui sebutharga yang dikeluarkan.
  • Menyelaras dalam penyediaan spesifikasi teknikal supaya peralatan dan perkhidmatan memenuhi keperluan pengguna, sesuai dengan keupayaan teknologi terkini, lengkap dan tidak menjurus.
  • Menyemak, menentukan dan mengesahkan segala data transaksi teknikal yang dibuat dan menyelaras pelaksanaan penilaian spesifikasi sebelum penerimaan peralatan dan perkhidmatan.

Oleh itu di ingatkan kepada semua pembekal bahawa penggunaan sistem ini hanya untuk pendaftaran pembekal/kontraktor sahaja. Iklan dan tawaran peringkat kampus boleh juga dilihat melalui sistem ini bagi kontkrator yang berdaftar sahaja. Pada masa akan datang, SEPM akan dikemaskini sebagai sistem e-perolehan yang lengkap merangkumi keseluruhan proses perolehan.

Pembekal masih perlu mendaftar di SEPM bagi tujuan pendaftaran secara atas talian.



EMPS

EMPS atau ‘SISTEM E-PEROLEHAN MITEC (SEPM)’ ialah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Jabatan IT bagi membolehkan Unit Perolehan, UniKL MITEC mendaftarkan pembekal secara atas talian dan membantu meningkatkan kecekapan proses pendaftaran pihak pembekal dengan unit Perolehan UnikL MITEC. Pembekal perlu mendaftar masuk melalui sistem ini untuk melayari dan mengetahui lebih lanjut berkaitan sebutharga

Berikut adalah di antara fungsi EMPS:-

  • Memudahkan pembekal untuk melihat atau melayari laman bagi tawaran sebutharga baru yang dikeluarkan oleh pihak UniKL, MITEC.
  • Memberi peluang kepada pembekal-pembekal baru untuk terlibat dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi.
  • Memberi galakkan kepada pembekal untuk berdaya saing antara syarikat-syarikat yang lain.
  • Menjimatkan masa dan kemudahan untuk menyemak semula sebutharga yang dikeluarkan.
  • Pembekal sendiri dapat mengemaskini maklumat baru syarikat untuk kemudahan di masa akan datang.


Suka diingatkan supaya pihak pembekal yang ingin mendaftar dalam sistem EMPS ini untuk memenuhi syarat-syarat yang tersedia dan memastikan bahawa mereka sudah mendaftar di bawah CIDB, PKK atau Kementerian Kewangan. Ia bagi membolehkan pembekal tidak menghadapi sebarang masalah selepas menerima tawaran sebut harga yang disediakan oleh pihak UniKL MITEC.